Wednesday 25 April 2012

MASALAH MENUNAIKAN CEK ATAS NAMA JAWATAN GURU BESAR / PENGETUA DI BANK

MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI NEGERI KEDAH

Pihak jabatan menerima banyak aduan dari sekolah mengenai masalah menunaikan cek atas nama jawatan Pengurus Sekolah (Guru Besar / Pengetua) di bank, dimana pihak bank meminta sekolah untuk mengeluarkan cek yang hendak ditunaikan itu atas nama individu.
      Pihak tuan / puan adalah dipohon agar dapat mengemukakan senarai bank yang tidak menerima cek yang dikeluarkan atas nama jawatan Guru Besar atau Pengetua untuk ditunaikan oleh pihak sekolah.
     Pihak tuan / puan boleh mengemukakan surat daripada bank (sekiranya ada) yang menyatakan cek atas nama jawatan Guru Besar / Pengetua tidak diterima untuk ditunaikan oleh pihak bank berkenaan.
     Pihak tuan / puan dikehendaki mengemukakan senarai tersebut kepada Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK) sebelum atau pada 26 April 2012.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkenaan perkara di atas, pihak anda boleh menghubungi pihak unit Akaun JPNK :
Pn. Shamsiah Bt. Ahmad        - 04-7404115 
En. Shaharom B. Eusop         - 04-7404098 
En. Azlee B. Harun                - 04-7404099 
 Segala kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan / puan berkenaan masalah tersebut amatlah dihargai. Sekian, harap maklum...

Monday 23 April 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Untuk makluman Semua Guru Besar Daerah Kubang Pasu. Soalan selaras Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 disediakan oleh MGB bagi tahun 3,4,5 dan tahun 6. Subjek yang terlibat ialah: - Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris - Mathematics - Sains - Kajian Tempatan - Kemahiran Hidup - Pendidikan Islam - Bahasa Arab - Sivik - Muzik Tarikh Peperiksaan adalah 21 Mei hingga 24 Mei 2012. Harap Maklum.

Monday 16 April 2012

INSTRUMEN PEMANTAUAN KSSR

INSTRUMEN PEMANTAUAN KSSR TAHUN 1 DAN TAHUN 2

  Download

INSTRUMEN PENYELIAAN UPSR

INSTRUMEN PENYELIAAN DAN BIMBINGAN UPSR BAGI TAHUN 2012

Sila muat turun dokumen tersebut di bawah:
  Download

INSTRUMEN PEMANTAUAN PBS SEKOLAH RENDAH

PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 1 DAN TAHUN 2 DI SEKOLAH RENDAH

 Sila download Instrument Pemantauan PBS di bawah:
Download

AMARAN AWAL KEHILANGAN KANAK-KANAK NUR ALERT

Jawatankuasa Nur Alert
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah
Negeri Kedah Darul Aman.


JAWATANKUASA PETUGAS SISTEM AMARAN AWAL KEHILANGAN KANAK-KANAK NUR ALERT
Perkara diatas adalah dirujuk.
 Sila muat turun untuk maklumat lanjut :
  Download

Wednesday 11 April 2012

Semua Ketua Sektor
Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Kedah Darul Aman.

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA(PPPLD) GRED DGA32 HAKIKI / GRED DGA32 TIME BASED KE GRED DGA34 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perkara diatas adalah dirujuk.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :
  Download
Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Guru Besar Negeri Kedah Darul Aman.

SIJIL PERJAWATAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 SEBAGAI PANDUAN SEMASA MELENGKAPKAN BORANG PERJAWATAN HRMIS BAGI SEKOLAH RENDAH HARIAN

Perkara diatas adalah dirujuk.

Sila muat turun untuk maklumat lanjut :
Download