Wednesday 25 April 2012

MASALAH MENUNAIKAN CEK ATAS NAMA JAWATAN GURU BESAR / PENGETUA DI BANK

MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DI NEGERI KEDAH

Pihak jabatan menerima banyak aduan dari sekolah mengenai masalah menunaikan cek atas nama jawatan Pengurus Sekolah (Guru Besar / Pengetua) di bank, dimana pihak bank meminta sekolah untuk mengeluarkan cek yang hendak ditunaikan itu atas nama individu.
      Pihak tuan / puan adalah dipohon agar dapat mengemukakan senarai bank yang tidak menerima cek yang dikeluarkan atas nama jawatan Guru Besar atau Pengetua untuk ditunaikan oleh pihak sekolah.
     Pihak tuan / puan boleh mengemukakan surat daripada bank (sekiranya ada) yang menyatakan cek atas nama jawatan Guru Besar / Pengetua tidak diterima untuk ditunaikan oleh pihak bank berkenaan.
     Pihak tuan / puan dikehendaki mengemukakan senarai tersebut kepada Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNK) sebelum atau pada 26 April 2012.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkenaan perkara di atas, pihak anda boleh menghubungi pihak unit Akaun JPNK :
Pn. Shamsiah Bt. Ahmad        - 04-7404115 
En. Shaharom B. Eusop         - 04-7404098 
En. Azlee B. Harun                - 04-7404099 
 Segala kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan / puan berkenaan masalah tersebut amatlah dihargai. Sekian, harap maklum...

No comments:

Post a Comment